Friday 11 September 2015

PENGADANG MESIN : JENIS - JENIS PENGADANG

1.0 PENGENALAN

Bahagian mesin yang bergerak mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan di tempat kerja yang teruk, seperti jari atau tangan dihancurkan oleh mesin, putus anggota badan, luka terbakar atau buta. Dalam mengendalikan mesin yang berpotensi menyebabkan kecederaan kepada pekerja, perlindungan yang sewajarnya adalah penting untuk melindungi pekerja dari mendapat kecelakaan semasa bertugas.


Kebanyakan mesin pada masa kini telah dilengkapi dengan sistem kawalan kejuruteraan untuk mengelakkan bahaya kepada pekerja yang mengendalikan mesin. Namun kecederaan kepada pekerja masih boleh berlaku jika tiada penerangan dan latihan bekenaan penggunaan mesin yang betul kepada pengendali mesin atau orang yang terlibat dalam proses membaik pulih mesin. 

2.0 DI MANA BAHAYA MEKANIKAL BOLEH TERJADI?

Secara mudahnya, bahaya mesin yang bergerak di tiga bahagian asas berikut memerlukan  pengadang mesin.

I.Titik operasi
Bahagian utama dimana kerjakerja  dilakukan kepada bahan-bahan yang hendak diubah seperti memotong, membentuk atau membuat lubang.

II.Peralatan penghantar kuasa
Semua komponen sistem mekanikal yang menghantar tenaga kepada sebahagian daripada mesin melaksanakan kerja. Komponen ini termasuk tali pinggang, rod penyambung, sesondol, rantai, engkol, dan gear.

III.Lain – lain bahagian yang bergerak
Semua bahagian mesin yang bergerak ketika mesin sedang bekerja. Ini  termasuk bahagian-bahagian tambahan mesin

3.0 CIRI – CIRI PENGADANG

I.Mengelak sentuhan

Pengadang mesti mengelakkan tangan, lengan, dan mana-mana bahagian badan pekerja daripada membuat hubungan dengan bahagian bahaya yang bergerak. Sistem pengadang yang baik menghapuskan kemungkinan pengendali atau pekerja meletakkan bahagian badan mereka berhampiran dengan bahagian yang bergerak.

II.Selamat

Pekerja tidak mudah menanggalkan atau menganggu pengadang yang dipasang. Pengadang dan alat-alat keselamatan hendaklah dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan dipasang secara kemas kepada mesin.

III.Tidak membuat bahaya baru

Pengadang yang dipasang haruslah tidak menyebabkan bahaya baru kepada pekerja seperti hujung yang tajam atau permukaan yang bergerigi.


IV.Tiada ganguan pada perlaksanaan kerja

Pengadang yang betul meningkatkan kecekapan pekerja melakukan kerja kerana perasaan selamat melakukan kerja berbanding sebelumnya.

V.Membolehkan pelinciran dijalankan


Jika boleh, pelinciran pada mesin dapat dijalankan tanpa menanggalkan pengadang pada mesin. Meletakkan pelincir pada bahagian luar pengadang dan terus disalurkan kepada bahagian berbahaya akan mengurangkan pendedahan operator kepada bahagian berbahaya.

4.0  JENIS – JENIS PENGADANG

Pengadang adalah halangan yang menghalang akses ke kawasan bahaya. Antara Jenis jenis  pengadang adalah:

I.Pengadang Tetap

Pengadang tetap adalah pengadang yang dibina seolaholah sebahagian daripada mesin. Biasanya dibuat daripada logam kepingan, bar, plastik atau apa apa bahagian lain yang cukup besar untuk dijadikan sebagai pengadang. Kelebihan pengadang jenis tetap adalah boleh dibina dengan pelbagai aplikasi tertentu dan sesuai untuk operasi pengeluaran yang tinggi dan berulangulang .

II.Pengadang Interlocked

Apabila pengadang jenis ini dibuka atau dikeluarkan, kuasa yang disalurkan untuk menggerakkan mesin akan automatik terputus. Bahagian yang berbahaya akan berhenti berfungsi sehingga pengadang dipasang semula atau diletakkan pada tempatnya. Contoh yang mudah adalah pada mesin basuh automatik.

III.Pengadang auto laras

Pengadang jenis ini bergerak berdasarkan pergerakkan bahan yang dimasukkan ke dalam mesin untuk dihantar ke bahagian yang bahaya pada mesin. Selepas bahan dimasukkan oleh operator, pengadang akan membawa bahan kepada bahagian berbahaya dan kembali semula kepada kedudukan asal.






No comments:

Post a Comment