1.0
PENGENALAN
Bahagian mesin yang bergerak
mempunyai potensi
untuk menyebabkan kecederaan di tempat kerja yang teruk, seperti jari atau tangan dihancurkan oleh mesin,
putus anggota badan, luka terbakar atau buta. Dalam mengendalikan mesin yang
berpotensi menyebabkan kecederaan kepada pekerja, perlindungan yang sewajarnya
adalah penting
untuk melindungi
pekerja dari mendapat kecelakaan semasa
bertugas.
Kebanyakan mesin pada masa kini
telah dilengkapi dengan sistem kawalan kejuruteraan untuk mengelakkan bahaya
kepada pekerja yang mengendalikan mesin. Namun kecederaan kepada pekerja masih
boleh berlaku jika tiada penerangan dan latihan bekenaan penggunaan mesin yang
betul kepada pengendali mesin atau orang yang terlibat dalam proses membaik
pulih mesin.
2.0
DI MANA BAHAYA MEKANIKAL BOLEH TERJADI?
Secara mudahnya, bahaya mesin yang bergerak di tiga bahagian asas berikut memerlukan pengadang mesin.
I.Titik operasi
Bahagian utama dimana kerja – kerja dilakukan kepada bahan-bahan yang hendak diubah seperti memotong, membentuk atau membuat lubang.
II.Peralatan penghantar kuasa
Semua
komponen
sistem mekanikal yang menghantar tenaga kepada sebahagian daripada mesin
melaksanakan kerja. Komponen
ini termasuk tali pinggang,
rod
penyambung, sesondol, rantai,
engkol, dan gear.
III.Lain – lain bahagian yang bergerak
Semua bahagian mesin yang bergerak
ketika mesin sedang bekerja. Ini
termasuk bahagian-bahagian tambahan mesin
3.0
CIRI – CIRI PENGADANG
I.Mengelak sentuhan
Pengadang mesti mengelakkan tangan, lengan,
dan mana-mana bahagian badan
pekerja daripada
membuat hubungan dengan bahagian bahaya
yang bergerak. Sistem
pengadang
yang
baik menghapuskan kemungkinan pengendali atau
pekerja meletakkan
bahagian badan mereka berhampiran dengan bahagian yang bergerak.
II.Selamat
Pekerja tidak mudah menanggalkan atau menganggu
pengadang yang dipasang. Pengadang dan
alat-alat keselamatan hendaklah dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan dipasang
secara kemas kepada mesin.
III.Tidak membuat bahaya baru
Pengadang yang dipasang haruslah
tidak menyebabkan bahaya baru kepada pekerja seperti hujung yang tajam atau
permukaan yang bergerigi.
IV.Tiada ganguan pada perlaksanaan
kerja
Pengadang yang betul meningkatkan
kecekapan pekerja melakukan kerja kerana perasaan selamat melakukan kerja
berbanding sebelumnya.
V.Membolehkan pelinciran dijalankan
Jika boleh, pelinciran pada mesin dapat dijalankan tanpa menanggalkan pengadang pada mesin. Meletakkan pelincir pada bahagian luar pengadang dan terus disalurkan kepada bahagian berbahaya akan mengurangkan pendedahan
operator kepada bahagian berbahaya.
4.0 JENIS – JENIS PENGADANG
Pengadang adalah halangan yang menghalang akses ke kawasan bahaya. Antara Jenis – jenis pengadang adalah:
Pengadang tetap adalah pengadang yang dibina seolah – olah sebahagian daripada mesin. Biasanya dibuat daripada logam kepingan, bar, plastik atau apa – apa bahagian lain yang cukup besar untuk dijadikan sebagai pengadang. Kelebihan pengadang jenis tetap adalah boleh dibina dengan pelbagai aplikasi tertentu dan sesuai untuk operasi pengeluaran yang tinggi dan berulang – ulang .
II.Pengadang Interlocked
Apabila pengadang jenis ini dibuka atau dikeluarkan, kuasa yang disalurkan untuk menggerakkan mesin akan automatik terputus. Bahagian yang berbahaya akan berhenti berfungsi sehingga pengadang dipasang semula atau diletakkan pada tempatnya. Contoh yang mudah adalah pada mesin basuh automatik.
III.Pengadang auto laras
Pengadang jenis ini bergerak berdasarkan pergerakkan bahan yang dimasukkan ke dalam mesin untuk dihantar ke bahagian yang bahaya pada mesin. Selepas bahan dimasukkan oleh operator, pengadang akan membawa bahan kepada bahagian berbahaya dan kembali semula kepada kedudukan asal.